Perkhidmatan Rekabentuk Grafik Malaysia

Jangan ketinggalan dalam membina imej jenama perniagaan anda kerana ia sangat penting dalam persaingan pernigaan era kini. Syarikat kecil, perseorangan atau perkongsian yang mempunyai peruntukan terhad tidak perlu gusar lagi. Kami ada penyelesaian khusus untuk usahawan seperti anda. Randuk Benua menawarkan pelbagai perkhidmatan rekabentuk grafik, logo, laman web dan seumpamanya khusus untuk peniaga kecil atau mereka yang baru memulakan perniagaan.

Dapatkan perkhidmatan yang bertaraf profesional, hasil kerja berkualiti tinggi dengan kadar yang sederhana dan murah. Kami memahami keperluan anda dan kami juga prihatin dengan pelbagai kos yang terpaksa anda tanggung bagi memulakan perniagaan. Jangan gadai potensi dan peluang untuk berjaya dalam perniagaan semata-mata kerana peruntukan yang kecil.

Kita semua sedar kepentingan membina imej jenama terutama bagi usahawan muda dan perniagaan kecil dalam menghadapi persaingan yang serba hebat. Kita juga sering mendengar syarikat gergasi berbelanja berpuluh ribu ringgit hanya untuk mencipta logo baru dan beratus ribu pula untuk penjenamaan yang lengkap. Perlukan anda berbuat demikian? Jawapannya sudah tentu YA kerana peruntukan bukan lagi halangan jika anda memilih kami.

Mengapa Pilih Kami

Randuk Benua adalah sebuah syarikat yang dibentuk oleh gabungan tenaga kreatif pereka grafik, jurugambar dan webmaster yang mempunyai pengalaman dalam pelbagai bidang terutamanya rekabentuk logo dan grafik, percetakan dan juga penjenamaan. Kemahiran dan pengalaman yang ada kami gabungkan untuk memberi khidmat kepada semua usahawan kecil Malaysia sebagai persediaan menghadapi cabaran yang tiada sempadan di era digital ini.