Rekabentuk Laman Web

Kami telah membina dan akan menyelenggara laman berbentuk direktori www.kohalal.com yang terlibat dalam industri peruncitan produk halal keluaran Muslim.

Projek ini adalah usaha kami membantu Nussa Enterprise mengumpul data pengeluar produk halal yang terdapat di Malaysia. www.HostWaves.com (milik Randuk Benua) telah digunakan untuk "hosting" dan urusan teknikal laman menggunakan CMS Drupal.

Antara modul yang telah digunakan ialah, Direktori mengikut jenis produk, Direktori mengikut jenama, Iklan Rawak, Iklaneka, "Chat" (untuk pentadbiran sahaja), Galeri Gambar, Sistem Pesanan (Messaging) dan lain lain akan ditambah mengikut keperluan.

Memandangkan laman www.kohalal.com ini memaparkan banyak gambar, kami mengurangkan imej hiasan bagi mengelakkan masalah muat-turun mukasurat laman.

Laman ini amat mudah dikendalikan dan ianya dikemaskini (menambah produk) setiap hari oleh pekerja Nussa Enterprise sendiri dan kami sentiasa memantau dan membantu dari aspek teknikal.

Sila ke www.kohalal.com untuk melihat sendiri hasil kerja dan aplikasi yang digunakan.